Sunday 10 June 2012

kafirun

as mentioned by Allah in quran,


  • 5:44


Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.




helpers


Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. {Al-Maidah 5: 55-56}



  1. only Allah, Rasul, org2 beriman je yg kita boleh trust to mintak tolong
  2. and if kita nak suceed, only those people that reliable. 
  3. tapi character org2 yg beriman kena yg mcm Allah sebut
        • dirikan solat, 
        • tunaikan zakat
        • ruku', ikut ape yg Allah perintah

سبل السلام


Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. Al-Maidah 5: 16


  1. Allah janji will give guidance to people yg ikut jalan menuju redha-Nya which jalan ke arah keselamatan
  2. Allah janji jugak yg dia akan keluarkan org tu dari gelap kepada cahaya